Friday, June 4, 2010

Semanis Kurma


Semanis Kurma tidak lagi asing bagi sesiapa yang menonton rancangan ini di TV 9 dikendalikan oleh Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid dan isterinya Dato' Ustazah Siti Norbahyah Mohamod. Rancangan yang bertemakan 'kekeluargaan'menyajikan tips tips, nasihat dan pandangan dari pelbagai aspek kekeluargaan berumahtangga serta membincangkan masalah-masalah yang berlaku dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

Coleman dan Cressey (1993:110) mentakrifkan keluarga sebagai รก group of people by marriage, ancestry or adoption who live together in a common household''. Kamus Dewan pula mendefinisikan keluarga terdiri daripada suami dan isteri sahaja atau berserta anak-anak terdiri daripada suami dan isteri sahaja atau berserta anak-anak’. Mahmood (1997) mentakrif keluarga sebagai unit sosial yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak dan yang paling penting ialah wujudnya suatu pertalian hidup tertentu dalam kelompok sosial berkenaan.

Memang diakui kadar penceraian di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pelbagai faktor menjadi punca penceraian dalam sesebuah unit rumahtangga. Salah satu aspek yang menjadi punca pencerian adalah penyediaan yang kurang baik untuk mendirikan rumahtangga sejak dari awal lagi. Banyak remaja yang mengambil keputusan untuk menikah atas dasar cinta sama cinta sedangkan cinta belum cukup untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Ilmu, tanggungjawab, kewangan, mengetahui peranan dan hak masing-masing selepas mendirikan rumah tangga turut memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Alangkah sayangnya sebuah masjid yang dibina yang menjadi sunnah nabi musnah begitu saja jika asas kepada pembentukan institusi kekeluargaan itu belum difahami sepenuhnya. One secret of a successful family is its ability to solve problems together. But even more important is learning how to foster those positive conditions that prevent problems from arising in the first place.

Khawari (1989) mentakrifkan kebahagian sebagai ‘….successful family does not mean material affluence but rather an affluence of the heart, spirit and mind'. Secara ringkasnya, kebahagian adalah perasaan yang terpancar dari lubuk hati dan bukan sesuatu yang dipaksa atau disogok dari luar. Ia bukan terletak pada kekayaan, kuasa, kedudukan dan apa sahaja yang bersifat kebendaan. Sebaliknya, ia adalah sesuatu yang maknawi, dapat dirasai tetapi tidak dapat diukur atau disukat.

Kadang-kadang saya terfikir 'kenapa perkahwinan orang dulu-dulu yang dijodohkan oleh ibu bapa lebih kekal dari perkahwinan yang dipilih oleh diri kita sendiri'? Jika diperhatikan, masalah penceraian sangat rendah pada zaman datuk nenek mak ayah kita. Jadi, ini mungkin ada kaitan dengan RESTU dari ibu bapa itu sendiri dalam sesebuah perkahwinan. Bagi saya, bercinta hok tinggi mana sekalipun, jika ibu bapa sudah tidak mengizinkan atau merestui pilihan kita, pasti akan jatuh ke tanah hancur lebur jua akhirnya sesebuah perkahwinan itu. Jadi, pilihlah pasangan yang tepat untuk kita dengan bantuan Allah dan doa restu ibu bapa kita, hubungan itu akan kekal dan bahagia.

Bagi saya, Semanis Kurma banyak membantu dari segi ilmu pengetahuan yang boleh diaplikasikan untuk seseorang yang akan atau sudah berumahtangga. Jadi, apalah salahnya menonton kan?

No comments:

Post a Comment